26 Mac 2015 – Adik-adik Shoutul taqwa telah melebarkan sayap
dengan mewakili sekolah mereka iaitu SMK Sungai Puteri didalam pertandingan
nasyid peringkat Zon Rompin Pantai Utara.
Hari ini juga menjadi sejarah yang indah buat Adik-adik
Shoutul Taqwa telah dinobatkan sebagai Juara dan sekaligus menyaksikan Shoutul
Taqwa akan mewakili Zon Rompin Pantai Utara ke peringkat seterusnya.
Walaupun pertandingan ini diatas tiket sekolah SMK Sungai
Puteri,namun Shoutul Taqwa secara tidak langsung terkena tempiasnya kerana
Adik-Adik ini adalah ahli-ahli Shoutul Taqwa dan masih menggunakan Nama Shoutul
Taqwa sebagai nama Kumpulan sekolah mereka.
Apa-apa pun pihak pengurusan Shoutul Taqwa menumpang bangga
dengan kejayaan Adik-adik ini dan mengucapkan tahniah kepada Sekolah SMK Sungai
Puteri kerana memberi sokongan kepada usaha Adik-adik ini. Pihak Shoutul Taqwa
juga mendoakan kejayaan mereka diperingkat seterusnya. Semoga perjuangan murni
ini terus diberkati dalam membentuk jatidiri adik-adik ini kearah menjadi insan
yang lebih baik. Ameen.
No comments:
Post a Comment