Walaupan kekurangan ahli berikutan dari persekolahan 2015
yang menyaksikan ramai dari Ahli-ahli shoutul Taqwa menjadi pelajar asrama dan
MRSM. Namun begitu Shoutul Taqwa masih lagi wujud dengan semangat anak-anak
shoutul taqwa yang akan sentiasa berkampung dimasjid Al-Taqwa setiap sabtu dan
ahad untuk mengadakan latihan nyanyian dan persembahan demi memartabatkan
budaya indah ini.
Walaupun sibuk dengan kelas dan aktiviti
persekolahan,Shoutul Taqwa masih sempat meluangkan masa berkumpul dan saling
menyemarakkan semangat agar tidak lesu dihimpit waktu. Anak-anak muda ini
begitu memahami perjuangan suci ini dan akan sentiasa meneruskan dakwah ini
demi agama dan bangsa.
Tahniah Shoutul Taqwa,walaupun usaha kita ini tidak seberapa
sekurang-kurangnya kita masih punya jalan untuk berbakti demi agama ALLAH ini.
Bukan penerimaan masyarakat sahaja yang kami tekankan,tetapi kami lebih
utamakan penerimaan dan keredhaan dari ilahi. Kerana ini dakwah kami untuk agama.
Insya ALLAH.
No comments:
Post a Comment