Wednesday, October 22, 2014

LATIHAN LAGI...ALHAMDULILLAH



Alhamdulillah, pada 18hb oktober yg lepas sekali lagi Shoutul Taqwa berkesempatan untuk mengadapakan latihan. Ini merupakan Latihan pertama selepas Adik-adik Shoutul Taqwa sibuk dan bertungkus lumus menghadapi peperiksaan yang baru sahaja selesai pada jumaat 17hb yang lalu.

Tahniah juga buat adik-adik kerana telah Berjaya melalui minggu peperiksaan yang agak mencabar dan kembali meneruskan perjuangan yang tiada berpenghujung ini.

Usaha ini membuktikan yang adik-adik Shoutul Taqwa masih bersatu dan akan tetap utuh memperjuangkan budaya ini. Dikesempatan ini juga kami pihak pengurusan dan pentadbir mengucapkan setinggi tahniah diatas kesungguhan kalian menarik minat anak-anak muda ke arah sesuatu yang positif dan kami mendoakan kejayaan Adik-adik Shoutul Taqwa didunia dan akhirat.
Ameen.