Thursday, May 29, 2014

Latihan Kompang 29/05/2014


Alhamdulillah hari ini sekali lagi Shoutul Taqwa diberi kelapangan untuk menjalani latihan kompang.
latihan ini bertujuan mengisi masa lapang adik-adik shoutul taqwa disepanjang cuti sekolah dan secara tidang langsung dapat mengelakkan ahli-ahli Shoutul Taqwa terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah. selain itu latihan ini adalah untuk memantapkan lagi permainan kompang antara ahli Shoutul Taqwa yang sudah lama tidak mengadakan latihan seperti ini. Disepanjang Cuti sekolah kali ini latihan diadakan diperkarangan SK Sungai Puteri kerana Shoutul Taqwa masih belum mempunyai kelengkapan kompang sendiri. Terima Kasih diatas Ehsan SK Sungai Puteri.

Wednesday, May 28, 2014

Latihan Kompang 28/05/2014


Alhamdulillah..Shoutul Taqwa baru selesai mengadakan latihan untuk pasukan kompang.
latihan ini akan diadakan disepanjang cuti sekolah ini untuk mengisi masa lapang kami. semoga segala usaha kami ini akan memberi lebih kemantapan pada pasukan kami. In Shaa Allah.

Monday, May 26, 2014

Persembahan 24 Mei 2014



Sekali lagi Shoutul Taqwa dijemput mengadakan persembahan dimajlis perkahwinan sekitar Sungai Puteri 24 Mei 2014 yang lalu. Alhamdulillah walaupun keadaan yang agak sempit dan sesak Shoutul Taqwa masih berjaya membuat persembahan terbaik.
Semoga rezeki Shoutul Taqwa akan bertambah murah selepas ini dan kami Shoutul Taqwa mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Pengantin dan kami doakan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Saat Gurau Senda Shoutul Taqwa

Ukhwah inilah yang menjadikan kami seteguh dan sekuat hari ini. Alhamdulillah.

Sesi Latihan 23/05/2014



Pada 23 Mei 2014 yang lalu kami sekali lagi mengadakan sesi latihan qasidah di masjid Al-Taqwa.
Latihan ini tidak seperti kebiasaan kerana dijalankan diwaktu malam selepas isya’. Latihan ini dijalankan sempena jemputan persembahan yang akan diadakan keesokan harinya.
Seperti biasa latihan kali ini dibawah pemantauan pengasas Shoutul Taqwa sendiri iaitu Encik Akmal Khairy.
Semoga persembahan itu nanti berjalan lancar dan dapat menaikkan lagi moral adik-adik Shoutul Taqwa dalam perjuangan ini.
In Shaa Allah.

Tuesday, May 20, 2014

Hadis vs Sunnah

Sunnah dari segi bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau tercela. Lawan bagi perkataan sunnah adalah bidaah. Mereka yang mengikuti sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji, manakala mereka yang berpaling dari sunnah adalah pembuat bidaah dan tercela.

Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat ilmuwan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya;

(a). Ulama Usul Fiqh – Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqrir. Mereka mengkaji hadis sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh.

(b). Ulama Fiqh – Sunnah adalah perkara-perkara sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tidaklah berdosa.

(c). Ulama Kalam – Sunnah adalah antonim bagi bidaah. Mereka yang berpaling dari sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah.

(d). Ulama Hadis – Sunnah adalah apa juga yang disandarkan kepada Rasulullah saw dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak samada sebelum dilantik menjadi Rasul atau sesudahnya.

Takrif yang diberikan oleh ulama hadis lebih diberi keutamaan kerana ia merangkumi seluruh kehidupan Rasulullah saw. Sunnah dalam pengertian ini adalah sama dengan maksud al-hadis. Kesimpulannya pada hakikatnya al-Hadis dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada perbezaan hanya pada istilah dan skop pemakaiannya sahaja.

*Perkongsian dari rakan blogger.

Monday, May 19, 2014

Logo Rasmi Shoutul Taqwa



Alhamdulillah… selepas semalaman memerah otak mencari idea untuk mencipta logo ni maka inilah hasilnya yang tidak seberapa. In Shaa Allah logo ini akan menjadi logo rasmi untuk kumpulan Shoutul Taqwa. Sebelum ini Shoutul Taqwa hanya menggunakan Logo Program Rakan Masjid untuk dokumen-dokumen rasmi kerana belum mempunyai logo sendiri. Tetapi sempena 2014 ni kami cuba memberi sedikit perubahan dalam pengurusan Shoutul Taqwa agar lebih tersusun dan sistematik. In Shaa Allah.

Shoutul Taqwa @ SK Sungai Puteri


Video ini merupakan persembahan Ahli asal Shoutul Taqwa pada tahun 2013 di SK Sungai Puteri sempena Mesyuarat Agung PIBG sekolah itu. Persembahan ini merupakan persembahan pertama kali Shoutul Taqwa didalam majlis-majlis rasmi dan merupakan peluang yang dinanti-nantikan oleh Shoutul Taqwa untuk memperkenalkan dan memperkembangkan lagi budaya berqasidah kepada masyarakat.

AHLI TERMUDA DALAM SHOUTUL TAQWA




Muhammad Hadif Danish Bin Akmal Khairy berusia 7 tahun dan merupakan ahli paling muda dalam Shoutul Taqwa. Bagaimanapun adik Hadif adalah yang paling senior berbanding  ahli lain dan merupakan ahli asal Shoutul Taqwa sejak mula ditubuhkan lagi. Menyertai Shoutul Taqwa pada usia 6 tahun dan juga merupakan anak kepada pengasas Shotul Taqwa sendiri iaitu Encik Akmal Khairy. Walaupun dalam usia yang muda adik hadif mempunyai bakat semulajadi dalam bermain alat yang berunsurkan gendang seperti Drabuka,Jembe dan Yankee.

Kini adik hadif bukan saja aktif bersama kumpulan Qasidah Shoutul Taqwa  tetapi juga aktif bersama pasukan nasyid di sekolahnya iaitu SK Kampung Kolam dan telah membantu pasukan nasyid sekolahnya memenangi beberapa pertandingan nasyid diperingkat kelompok dan daerah. Semoga adik Hadif terus Berjaya dan merupakan harapan Shoutul Taqwa untuk menyambung perjuangan ini dimasa akan datang. In shaa Allah.