Sekali lagi Shoutul Taqwa dijemput mengadakan persembahan
qasidah dimajlis Perkahwinan. Kali ini Shoututul Taqwa mengadakan persembahan
di majlis Perkahwinan Saudara Abdul Raof atau lebih dikenali sebagai Cikgu Raof
oleh ahli-ahli Shoutul Taqwa.
Untuk pengetahuan pembaca semua, Cikgu Raof merupakan penyanyi
dan ahli asal Shoutul Taqwa sejak ditubuhkan. Namun begitu beliau tidak lagi
aktif kerana kekangan kerja dan lebih bertindak sebagai penyokong kuat
Shoututul Taqwa dibelakang tabir.
Persembahan kali ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan
selawat dan salam ke atas rasul junjungan dan diteruskan dengan lagu-lagu yang
telah dipilih dan disusun oleh adik-adik Shoutul Taqwa sendiri.
Persembahan ditutup dengan selawat dan pujian sekali lagi
keatas rasul junjungan dan para sahabat baginda pada jam 2.30 petang. Persembahan
kali ini merupakan kejayaan pertama yang diuruskan sendiri oleh adik-adik ini
tanpa iringan dan bantuan dari pengasas mahupun pembimbing mereka.
Perkembangan ini merupakan perkembangan yang positif dan
merupakan bukti kemajuan adik-adik ini didalam memartabatkan budaya bangsa.