16 Julai 2016 – Sisa-sisa perjuangan masih diteruskaan oleh
adik-adik shoutul taqwa walaupun sebenarnya mereka sedang sibuk membuat
persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Namun bagi
mereka walau sesibuk mana pun mereka,perjuangan yang selama ini telah menjadi
sebahagian dakwah untuk mereka tak pernah pudar.
Alhamdulillah,walaupun dalam kesempitan dan serbaa
kekurangan adik-adik ini masih berpegang pada perjuangan mereka. Masih
bersemangat meneruskan dakwah yang diwariskan oleh abang-abang senior mereka
dalam shoutul Taqwa.
Tahniah adik-adik ku,semoga perjuangan kalian terus
diberkati dan beroleh kejayaan didunia dan akhirat.