Thursday, February 16, 2017

PERJUANGAN YANG MASIH BERSISA


02 Februari 2017 – Shoutul taqwa kembali lagi dengan perjuangan yang masih bersisa. Kali ini SMK Sri Rompin menjadi tuan dan menjemput adik-adik shoutul taqwa untuk melatih pasukan kompang sekolah.

Alhamdulillah usaha pihak sekolah yang bermula sejak suku akhir tahun 2016 nampak membuahkan hasil apabila anak-anak didik adik-adik shoutul taqwa sudah mula bermain di majlis-majlis penting peringkat sekolah dan daerah.

Semoga legasi Shoutul Taqwa terus berkembang dari generasi ke generasi. Dan semoga ilmu ini juga memberi manfaat kepada masyarakat terutama generasi muda.
Tahniah Shoutul Taqwa.

Sekian,


Dari Shoutul Taqwa untuk Shoutul Taqwa.

Sunday, July 17, 2016

Majlis Perkahwinan


16 Julai 2016 – Sisa-sisa perjuangan masih diteruskaan oleh adik-adik shoutul taqwa walaupun sebenarnya mereka sedang sibuk membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Namun bagi mereka walau sesibuk mana pun mereka,perjuangan yang selama ini telah menjadi sebahagian dakwah untuk mereka tak pernah pudar.

Alhamdulillah,walaupun dalam kesempitan dan serbaa kekurangan adik-adik ini masih berpegang pada perjuangan mereka. Masih bersemangat meneruskan dakwah yang diwariskan oleh abang-abang senior mereka dalam shoutul Taqwa.


Tahniah adik-adik ku,semoga perjuangan kalian terus diberkati dan beroleh kejayaan didunia dan akhirat.

Friday, May 27, 2016

Al-Fatihah

27 Mei 2016 - Al-fatihah dan takziah buat salah sorang adik Shoututl taqwa diatas pemergian ayah tercinta. semoga terus tabah dan redha diatas ujian Allah ini. Pihak pengurusan Shoutul Taqwa sendiri berasa sedih diatas kehilangan ini dan berharap ujian ini tidak mematahkan semangat mereka semua didalam meneruskan perjuangan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yag beriman.

Ameen.

Program Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang


27 Mei 2016 - Sekali lagi perjuangan diteruskan oleh adik-adik shoutul Taqwa di Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Rompin,Pahang.

Kali ini Adik-adik ini ditugaskan untuk bermain kompang menyambut dan mengiringi VVIP yang hadir.

Alhamdulillah, Majlis berlangsung dengan jayanya dan syabas untuk adik-adik ini atas usaha mereka. walaupun perjalanan mereka sedikit perlahan namun dakwah ini tidak pernah dilupakan.

Alhamdulillah.

Friday, February 26, 2016

JURULATIH KOMPANG @ SMK SERI ROMPIN



26 Feb 2016 – Legasi Shoutul Taqwa diteruskan lagi. Kali ini ahli-ahli Shoutul Taqwa dijemput untuk menjadi Jurulatih untuk melatih Pasukan Kompang SMK Seri Rompin bagi persediaan untuk Majlis Persaraan Pengetua Sekolah itu.

Dengan tiket sebagai jurulatih Shoutul Taqwa mengambil peluang ini untuk melebarkan lagi sayap dan impak Shoutul Taqwa ke dimensi yang lebih luas. Meletak Kepercayaan kepada adik-adik ahli Shoutul Taqwa menjadi jurulatih sekaligus melatih mereka menjadi sebahagian tenaga pengajar dalam memastikan perjuangan Shoutul Taqwa tidak terus terkubur.

Shoutul Taqwa telah menghantar 2 orang wakil untuk melatih adik-adik pelajar SMK Seri Rompin sebagai persediaan yang tidak sampai 2 minggu namun impak yang diberikan oleh mereka dan komitmen dari adik-adik pelajar SMK Seri Rompin membuahkan hasil dan berjaya memeriahkan Majlis tersebut.

DIkesempatan ini pihak pengurusan Shoutul Taqwa Mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SMK Seri Rompin diatas peluang dan kerjasama yang diberikan. Kesempatan ini telah memberikan satu lagi batu loncatan untuk adik-adik Shoutul Taqwa ini memperbaiki diri dalam memperjuangkan agama dan bangsa.

Sekian.

Thursday, March 26, 2015

SHOUTUL TAQWA @ PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT ZON ROMPIN PANTAI UTARA 2015




26 Mac 2015 – Adik-adik Shoutul taqwa telah melebarkan sayap dengan mewakili sekolah mereka iaitu SMK Sungai Puteri didalam pertandingan nasyid peringkat Zon Rompin Pantai Utara.
Hari ini juga menjadi sejarah yang indah buat Adik-adik Shoutul Taqwa telah dinobatkan sebagai Juara dan sekaligus menyaksikan Shoutul Taqwa akan mewakili Zon Rompin Pantai Utara ke peringkat seterusnya.

Walaupun pertandingan ini diatas tiket sekolah SMK Sungai Puteri,namun Shoutul Taqwa secara tidak langsung terkena tempiasnya kerana Adik-Adik ini adalah ahli-ahli Shoutul Taqwa dan masih menggunakan Nama Shoutul Taqwa sebagai nama Kumpulan sekolah mereka.

Apa-apa pun pihak pengurusan Shoutul Taqwa menumpang bangga dengan kejayaan Adik-adik ini dan mengucapkan tahniah kepada Sekolah SMK Sungai Puteri kerana memberi sokongan kepada usaha Adik-adik ini. Pihak Shoutul Taqwa juga mendoakan kejayaan mereka diperingkat seterusnya. Semoga perjuangan murni ini terus diberkati dalam membentuk jatidiri adik-adik ini kearah menjadi insan yang lebih baik. Ameen.

Tuesday, February 3, 2015

PERJUANGAN YANG TIDAK BERPENGHUJUNG



Walaupan kekurangan ahli berikutan dari persekolahan 2015 yang menyaksikan ramai dari Ahli-ahli shoutul Taqwa menjadi pelajar asrama dan MRSM. Namun begitu Shoutul Taqwa masih lagi wujud dengan semangat anak-anak shoutul taqwa yang akan sentiasa berkampung dimasjid Al-Taqwa setiap sabtu dan ahad untuk mengadakan latihan nyanyian dan persembahan demi memartabatkan budaya indah ini.

Walaupun sibuk dengan kelas dan aktiviti persekolahan,Shoutul Taqwa masih sempat meluangkan masa berkumpul dan saling menyemarakkan semangat agar tidak lesu dihimpit waktu. Anak-anak muda ini begitu memahami perjuangan suci ini dan akan sentiasa meneruskan dakwah ini demi agama dan bangsa.

Tahniah Shoutul Taqwa,walaupun usaha kita ini tidak seberapa sekurang-kurangnya kita masih punya jalan untuk berbakti demi agama ALLAH ini. Bukan penerimaan masyarakat sahaja yang kami tekankan,tetapi kami lebih utamakan penerimaan dan keredhaan dari ilahi. Kerana ini dakwah kami untuk agama. 

 Insya ALLAH.