Sunday, August 24, 2014

SHOUTUL TAQWA @ CERAMAH USTAZ AZMAN SHAFAWI



Minggu ini merupakan minggu paling sibuk buat Shoutul taqwa, selepas persembahan dijamuan Hari Raya Masjid Al-Taqwa dan Majlis Ramah Mesra KRT Daerah Rompin Shoutul Taqwa sekali lagi dijemput mengadakan persembahan pada malam berikutnya di Majlis Ceramah Ustaz Azman Shafawi yang didatangkan khas dari Terengganu. Ceramah ini diadakan diperkarangan Pasti Al-Taqwa.

Walaupun ceramah ini berunsurkan politik disini pihak pengurusan Shoutul Taqwa ingin menjelaskan bahawa Shoutul Taqwa hanya ingin mencari ruang untuk mempertengahkan lagi bakat dan budaya berqasidah. Tanpa memikirkan latar belakang fahaman politik dan Shoutul Taqwa menerima apa saja jemputan persembahan selagi Majlis itu sesuai dengan Budaya berqasidah dan sekaligus dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat dan ahli-ahli Shoutul Taqwa sendiri.

Semoga penjelasan ini dapat mengelakkan pandangan negatif masyarakat kepada nama Shoutul Taqwa yang merasakan kami sebahagian dari mana-mana parti politik. Kerana tanggapan itu hanya akan membataskan perjuangan kami dalam memartabatkan budaya berqasidah demi agama tercinta ini.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menjemput kami membuat persembahan disekitar Rompin terutamanya boleh menghubungi pengasas  dan juga merangkap pemimpin Shoutul Taqwa En. Akmal Khairy ditalian 012-3139971.

SHOUTUL TAQWA @ MAJLIS RAMAH MESRA DAN JAMUAN HARI RAYA 2014 KRT DAERAH ROMPIN


Sabtu 23 Ogos 2014 - Sekali lagi Shoutul Taqwa dijemput untuk mengadakan persembahan qasidah mewakili KRT RRM Sungai Puteri di Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Hari Raya 2014 KRT Daerah Rompin. Acara ini merupakan antara acara terbesar yang disertai oleh ahli-ahli Shoutul Taqwa untuk tahun 2014.

Acara seperti ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan budaya Qasidah dengan lebih meluas dan memperkenalkan nama Shoutul Taqwa sendiri kepada masyarakat di Daerah Rompin Khususnya.
Disini juga pihak Shoutul Taqwa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dalam menyumbangkan tenaga dimajlis tersebut. Khususnya kepada Pengerusi KRT RRM Sungai Puteri sendiri kerana memberikan kepercayaan kepada Shoutul Taqwa dan berusaha memperkenalkan kami dikalangan masyarakat Rompin.

Semoga dengan kerjasama semua pihak ini dapat membantu memperkembangkan lagi perjuangan adik-adik Shoutul Taqwa sekaligus memberikan lebih semangat kepada Adik-adik Shoutul Taqwa untuk meneruskan perjuangan murni mereka ini.

Tuesday, August 19, 2014

Jamuan Hari Raya 2014 Masjid Al-Taqwa

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dan berehat panjang Shoutul Taqwa kembali membuat persembahan. Kali ini Shoutul Taqwa dijemput mengadakan persemgahan sempena Jamuan Hari Raya Masjid Al-Taqwa pada 19 Ogos 2014. 

Persembahan ini merupakan persembahan pertama Shoutul Taqwa setelah berehat hampir 2bulan sempena Ramadhan dan Syawal. Ahli-ahli Shoutul Taqwa sendiri nampak lebih bersemngat untuk kembali aktif dengan persembahan-persembahan dan jemputan. 

Tahniah juga buat pengasas Shoutul Taqwa Encik Akmal Khairy kerana tidak pernah jemu menyuntikkan semangat kepada adik-adik Shoutul Taqwa untuk kekal aktif dalam medan dakwah ini.

Semoga Shoutul Taqwa terus maju jaya dalam memastikan budaya ini terus mekar dikalangan anak-anak muda.

Insya Allah. 

Friday, August 15, 2014

SEMANGAT SHOUTUL TAQWA

 Hadiah khas untuk ahli-ahli shoutul taqwa supaya terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini.

ALLHU AKHBAR!!!!