Friday, June 27, 2014

Salam Ramadhan

Kami Ahli-Ahli dan pengurusan Shoutul Taqwa ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua dapat menjalani bulan yang penuh barakah ini dengan jayanya. Jadikan Bulan ini sebagai titik tolak untuk kita semua menjadi umat yang lebih baik dan bertamadun. Salam Ramadhan dari kami dan Selamat Berpuasa.

Saturday, June 14, 2014

Gotong-Royong Membersih Tanah Perkuburan




Alhamdulillah..bertarikh 14 Jun 2014 sekali lagi Masjid Al-Taqwa mengadakan Aktiviti gotong-royong dikawasan perkuburan islam sungai puteri. Seperti tahun-tahun lalu aktiviti ini disertai oleh semua ahli jawatan kuasa masjid dan para jemaah yang berbilang usia serta ahli-ahli Shoutul Taqwa sendiri. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan Masjid Al-Taqwa setiap kali Ramadhan  bakal menjelang. Aktiviti  ini adalah untuk membersihkan kawasan perkuburan dari semak samun agar kelihatan lebih bersih sempena ramadhan dan syawal nanti. Selain itu juga dapat merapatkan lagi ukhwah antara jemaah. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dengan lebih sambutan dari semua pihak… In sha allah.

Saturday, June 7, 2014

Jemputan Majlis Perkahwinan 7 Jun 2014



Alhamdulillah sekali lagi Shoutul Taqwa dijemput untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan. Kali ini kami diundang ke Majlis saudara Zaim yang juga merupakan abang kepada ahli Shoutul Taqwa Sendiri. Buat pertama kalinya Shoutul Taqwa mengadakan persembahan kompang dan qasidah dalam satu majlis yang sama. Dan jemputan ini merupakan jemputan penutup sebelum kami berehat panjang sempena Ramadhan dan memberikan ruang kepada semua pihak yang terlibat didalam Shoutul Taqwa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bulan ibadah yang bakal tiba itu.

In Shaa allah usaha murni Shoutul Taqwa akan disambung selepas raya dan diharapkan akan terus bersemangat dalam memartabatkan dakwah ini. Ameen.