Saturday, December 13, 2014

SHOW RBR 13 DISEMBER 2014



Alhamdulillah,sekali lagi Shoutul Taqwa diundang mengadakan persembahan qasidah dimajlis perkahwinan. Kali ini Shoutul Taqwa mengadakan persembahan di Majlis Perkahwinan Saudara Firdaus Ramli yang diadakan di Rompin Beach Resort.

Shoutul Taqwa tampil dengan membawa beberapa buah lagu sebagai tatapan tetamu yang hadir dan sekaligus memeriahkan majlis dengan selawat dan salam keatas Rasulullah S.A.W yang dicintai.

Disini juga pihak pengurusan Shoutul Taqwa ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai dan mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kerana sudi mengundang kami. 

Dengan undangan ini secara tidak langsung telah membantu perjuangan adik-adik Shoutul Taqwa didalam memartabat budaya ini dan sekaligus memperkembangkan lagi dakwah agama yang mulia agar terus dicintai dan disayangi.

Saturday, November 29, 2014

Persebahan Di Majlis Cikgu Raof





Sekali lagi Shoutul Taqwa dijemput mengadakan persembahan qasidah dimajlis Perkahwinan. Kali ini Shoututul Taqwa mengadakan persembahan di majlis Perkahwinan Saudara Abdul Raof atau lebih dikenali sebagai Cikgu Raof oleh ahli-ahli Shoutul Taqwa.

Untuk pengetahuan pembaca semua, Cikgu Raof merupakan penyanyi dan ahli asal Shoutul Taqwa sejak ditubuhkan. Namun begitu beliau tidak lagi aktif kerana kekangan kerja dan lebih bertindak sebagai penyokong kuat Shoututul Taqwa dibelakang tabir.

Persembahan kali ini bermula pada jam 11.00 pagi dengan selawat dan salam ke atas rasul junjungan dan diteruskan dengan lagu-lagu yang telah dipilih dan disusun oleh adik-adik Shoutul Taqwa sendiri.
Persembahan ditutup dengan selawat dan pujian sekali lagi keatas rasul junjungan dan para sahabat baginda pada jam 2.30 petang. Persembahan kali ini merupakan kejayaan pertama yang diuruskan sendiri oleh adik-adik ini tanpa iringan dan bantuan dari pengasas mahupun pembimbing mereka.

Perkembangan ini merupakan perkembangan yang positif dan merupakan bukti kemajuan adik-adik ini didalam memartabatkan budaya bangsa.

Friday, November 28, 2014

Training Malam 28 Nov 2014




Alhamdulillah,sekali lagi latihan dapat dijalankan. Kali ini latihan dijalankan pada waktu malam selepas isyak sebagai persediaan untuk persembahan keesokan hari di majlis perkahwinan Saudara Abdul Raof.

Latihan kali ini bukan sahaja sebagai persediaan persembahan semata-mata tetapi lebih kepada perbincangan dari segi pemilihan lagu dan merangka perjalanan persembahan untuk esoknya memandangkan persembahan ini adalah persembahan pertama yang diuruskan sendiri oleh adik-adik ini tanpa bantuan pengasas mahupun pembimbing  mereka yang tidak dapat bersama kerana kekangan kerja.

Namun begitu ada diantara lagu yang dipilih mendapat olahan dari adik-adik ini sekaligus memberikan nafas baru kepada persembahan mereka. 

Disini pihak pengurusan Shoutul Taqwa berterima kasih dan berbangga dengan perkembangan dan kematangan adik-adik ini dalam memperjuangkan budaya bangsa. Jika dibandingkan dengan persatuan-persatuan dibandar yang lebih mudah mendapatkan dana kewangan dan sponser, Tanpa kewangan yang kukuh,Shoutul Taqwa masih boleh mampu berjuang dan memberikan impak yang positif kepada masyarakat khususnya generasi muda. Malah membantu membentuk keperibadian yang lebih positif dikalangan ahli-ahli Shoutul Taqwa sendiri.

Sunday, November 23, 2014

LATIHAN HARI JUMAAT DAN AHAD.

 LATIHAN 21 NOV2014

LATIHAN 23 NOV 2014

Alhamdulillah, pada minggu lalu latihan Shoutul Taqwa dapat dijalankan lebih kerap,iaitu pada  hari Jumaat dan Ahad. Latihan ini merupakan persediaan untuk jemputan dan persembahan yang akan dihadiri sepanjang cuti sekolah ini.

Pada hari jumaat yang lalu,latihan diadakan selepas solat jumaat. memandangkan tiada aktiviti persekolahan,adik-adik ini dijangka akan mengadakan latihan dan persembahan yang lebih kerap bukan sahaja untuk mengisi masa lapang mereka tetapi untuk memantapkan lagi nyanyian dan persembahan mereka.

Manakala pada hari Ahad pula,latihan Shoutul Taqwa lebih tersusun dengan latihan alatan dan nyanyian. Dengan memberi sedikit perubahan,latihan ini memberi ruang kepada semua ahli untuk mengalunkan nyanyian dan bertukar-tukar tempat didalam permainan alatan untuk mendapat lebih variasi persembahan dari segi vokal mahupun persembahan alatan.

Latihan ini juga secara tidak langsung menampakkan kemajuan ahli-ahli Shoutul Taqwa sejak ditubuhkan. Adik-adik ini telah menampakkan peningkatan dari segi keyakinan diri dan menonjolkan kemampuan diri masing-masing dan saling melengkapi.

Semoga dengan perkembangan yang positif ini dapat mengembangkan Shoutul Taqwa  lebih jauh dalam menyampaikan dakwah ini. Amen.

Monday, November 17, 2014

Latihan 15 November 2014




Alhamdulillah,perjuangan diteruskan lagi oleh adik-adik ini dalam memartabatkan budaya yang suci ini, inilah dakwah mereka, Shoutul Taqwa. 

Pada 15 November yang lalu,Shoutul Taqwa sekali lagi mengadakan sesi latihan bagi memperbaiki mutu persembahan  memandangkan penggal cuti sekolah akan bermula tidak  lama lagi. Latihan ini sebagai persediaan untuk persembahan disepanjang cuti sekolah ini.

Walaupun cuti sekolah belum lagi bermula namun Shoutul Taqwa telah menerima beberapa tempahan persembahan sempena majlis perkahwinan sekitar Rompin. Dengan itu menjadikan cuti sekolah adik-adik ini sibuk dan penuh dengan aktiviti.

Semoga Shoutul Taqwa terus maju dan reliven dalam memperjuangkan budaya bangsa..Amin.