Sunnah dari segi bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau
tercela. Lawan bagi perkataan sunnah adalah bidaah. Mereka yang
mengikuti sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan
terpuji, manakala mereka yang berpaling dari sunnah adalah pembuat
bidaah dan tercela.
Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat ilmuwan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya;
(a).
Ulama Usul Fiqh – Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqrir. Mereka
mengkaji hadis sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram,
sunat, harus dan makruh.
(b). Ulama Fiqh – Sunnah adalah
perkara-perkara sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan
meninggalkannya tidaklah berdosa.
(c). Ulama Kalam – Sunnah adalah antonim bagi bidaah. Mereka yang berpaling dari sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah.
(d).
Ulama Hadis – Sunnah adalah apa juga yang disandarkan kepada Rasulullah
saw dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak
samada sebelum dilantik menjadi Rasul atau sesudahnya.
Takrif
yang diberikan oleh ulama hadis lebih diberi keutamaan kerana ia
merangkumi seluruh kehidupan Rasulullah saw. Sunnah dalam pengertian ini
adalah sama dengan maksud al-hadis. Kesimpulannya pada hakikatnya al-Hadis dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada perbezaan hanya pada istilah dan skop pemakaiannya sahaja.
*Perkongsian dari rakan blogger.
No comments:
Post a Comment