Muhammad Hadif Danish Bin Akmal Khairy berusia 7 tahun dan
merupakan ahli paling muda dalam Shoutul Taqwa. Bagaimanapun adik Hadif adalah
yang paling senior berbanding ahli lain
dan merupakan ahli asal Shoutul Taqwa sejak mula ditubuhkan lagi. Menyertai
Shoutul Taqwa pada usia 6 tahun dan juga merupakan anak kepada pengasas Shotul
Taqwa sendiri iaitu Encik Akmal Khairy. Walaupun dalam usia yang muda adik
hadif mempunyai bakat semulajadi dalam bermain alat yang berunsurkan gendang
seperti Drabuka,Jembe dan Yankee.
Kini adik hadif bukan saja aktif bersama kumpulan Qasidah
Shoutul Taqwa tetapi juga aktif bersama
pasukan nasyid di sekolahnya iaitu SK Kampung Kolam dan telah membantu pasukan
nasyid sekolahnya memenangi beberapa pertandingan nasyid diperingkat kelompok dan
daerah. Semoga adik Hadif terus Berjaya dan merupakan harapan Shoutul Taqwa untuk
menyambung perjuangan ini dimasa akan datang. In shaa Allah.

No comments:
Post a Comment