Sempena cuti yang diberikan oleh pihak sekolah kerana
memberi ruang kepada pelajar tingkatan lima menduduki peperiksaan SPM,
adik-adik Shoutuk Taqwa mengambil peluang mengisi masa lapang mereka dengan
mengadakan latihan intensif bagi memperbaiki persembahan nyanyian mereka.
Walaupun tidak semua Ahli Shoutul Taqwa dapat menghadirkan
diri namun latihan masih berjalan seperti biasa dalam suasana santai dan
harmoni. Adik-adik Shoutul Taqwa sedang mempersiapkan diri untuk
persembahan-persembahan yang akan datang memandangkan sesi persekolahan akan
melabuhkan tirainya dipertengahan bulan November ini.
Semoga segala usaha mereka ini dapat terus membuka mata
masyarakat disini tentang budaya berqasidah yang semakin dilupakan. Dan dikesempatan
ini admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas semangat juang yang
tinggi adik-adik ini didalam memperjuangan jalan dakwah ini. Semoga perjuangan
adik-adik Shoutul Taqwa diredhai Allah. Ameen.


No comments:
Post a Comment