Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi dan berehat
panjang Shoutul Taqwa kembali membuat persembahan. Kali ini Shoutul Taqwa
dijemput mengadakan persemgahan sempena Jamuan Hari Raya Masjid Al-Taqwa pada
19 Ogos 2014.
Persembahan ini merupakan persembahan pertama Shoutul Taqwa
setelah berehat hampir 2bulan sempena Ramadhan dan Syawal. Ahli-ahli Shoutul
Taqwa sendiri nampak lebih bersemngat untuk kembali aktif dengan
persembahan-persembahan dan jemputan.
Tahniah juga buat pengasas Shoutul Taqwa
Encik Akmal Khairy kerana tidak pernah jemu menyuntikkan semangat kepada
adik-adik Shoutul Taqwa untuk kekal aktif dalam medan dakwah ini.
Semoga Shoutul Taqwa terus maju jaya dalam memastikan budaya
ini terus mekar dikalangan anak-anak muda.
Insya Allah.

No comments:
Post a Comment