Alhamdulillah sekali lagi Shoutul Taqwa dijemput untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan. Kali ini kami diundang ke Majlis saudara Zaim yang juga merupakan abang kepada ahli Shoutul Taqwa Sendiri. Buat pertama kalinya Shoutul Taqwa mengadakan persembahan kompang dan qasidah dalam satu majlis yang sama. Dan jemputan ini merupakan jemputan penutup sebelum kami berehat panjang sempena Ramadhan dan memberikan ruang kepada semua pihak yang terlibat didalam Shoutul Taqwa untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bulan ibadah yang bakal tiba itu.
In Shaa allah usaha murni Shoutul Taqwa akan disambung selepas
raya dan diharapkan akan terus bersemangat dalam memartabatkan dakwah ini.
Ameen.


No comments:
Post a Comment